Friday, 28 September 2012

Tips Fokus Dalam SOLAT

Pernahkah anda terlupa akan sesuatu dan sebaik sahaja anda mula solat, perkara tersebut terlintas di kotak minda ada? Ketika sedang solat, banyak perkara mula terlintas di fikiran. Dimana barang yang hilang tadi? Dah siap kerja atau belum? Nak Update Tweet ape lepas nie? Nak makan apa selepas ini? Dan pelbagai lagi perkara-perkara lain yang kadangkala sangat remeh terlintas di fikiran kita sebaik sahaja kita mula solat.

Pernahkah anda terfikir kenapa hanya dalam solat, perkara sebegini berlaku?

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

Jika dikumandangkan azan, syaitan akan melarikan diri mereka sambil terkentut-kentut sehingga tidak lagi mendengar suara azan. Ketika azan telah selesai dikumandangkan, dia datang lagi hingga iqamat dikumandangkan. Ketika iqamat dikumandangkan, dia melarikan diri lagi. Ketika iqamat telah selesai dikumandangkan, dia datang lagi untuk menggoda seseorang yang hendak mengerjakan solat dengan membisiki hatinya, "Ingatlah ini dan itu" iaitu sesuatu yang tidak diingatinya sebelum solat, sehingga orang tersebut tidak lagi tahu berapa rakaat yang telah dikerjakannya.   (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syaitan tidak pernah lupa akan janjinya untuk menyesatkan manusia. Hatta dalam solatpun, syaitan akan datang mengganggu. Tujuannya agar solat yang dikerjakan rosak mutunya dan tidak diterima Allah SWT. Ini kerana syaitan sedar akan fadhilat besar yang bakal diperoleh mereka yang solat dengan khusyuk. Ada banyak hadis yang diriwayatkan Muslim yang menceritakan akan fadhilat solat. Antaranya ialah suatu hadis daripada Uthman r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):

Tidaklah seorang Muslim yang mendapati waktu solat fardhu, lalu berwuduk dengan sempurna dan khusyuk dalam mengerjakan solatnya, melainkan semua itu akan menjadi penghapus dosa-dosanya yang telah lalu selagi dia menjauhi dosa besar, dan keadaan ini berlaku sepanjang hayatnya.   (Riwayat Muslim).


Oleh itu, jagalah solat kerana syaitan akan sentiasa akan mengganggu. Persoalannya, bagaimana nak fokus ketika melakukan solat? Selain daripada bacaan doa-doa tertentu (yang boleh didapati di dalam sesetengah buku panduan solat), beriku adalah beberapa tips bagi mengelakkan fikiran kita melayang ketika melakukan solat:

  1. Pastikan diri dan pakaian dalam keadaan bersih. Pakai sedikit wangian jika boleh.
  2. Datang awal ke masjid (bagi yang solat berjemaah).
  3. Rehat 2-3 minit sebelum melakukan solat. Elakkan terus melakukan solat setelah melakukan sesuatu perkara yang meletihkan fizikal (contoh: bersukan) dan mental (contoh: ulangkaji).
  4. Solat sunat dua rakaat (rawatib) sebelum solat fardhu.
  5. Fahami maksud setiap bacaan di dalam solat.
  6. Cuba fahami dan hayati maksud surah-surah yang dibaca di dalam solat.
  7. Cuba fokus kembali kepada solat sebaik sahaja otak mula memikirkan perkara-perkara luar solat.
  8. Cuba elakkan/minimakan pergerakan ketika solat.
  9. Solat dengan kelajuan yang sederhana, tidak terlalu pantas dan tidak terlalu perlahan.
Diharapkan agar tips-tips di atas dapat membantu kita semua di dalam mencapai solat yang lebih baik.

Jom solat !!! 

Wednesday, 26 September 2012

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4Yang menguasai di Hari Pembalasanمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6Tunjukilah kami jalan yang lurus,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Setiap hari kita amalkan baca bacaan Surah Al-Fatihah ini dalam solat kan ?? Tetapi , adakah kita tahu apa maksud yang tersurat dan maksud yang tersiratnya . 'Sebarkanlah walau satu ayat' . =)

Hukum "LIKE" Gambar di Facebook yang Tidak Menutup Aurat




Mungkin sebelum ini kita tidak mengetahui hukum apabila kita “like” dan “komen” pada gambar yang memdedahkan aurat, tapi hakikatnya adalah haram kerana kita menyokong gambar tersebut…
Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada semua..:)

DOA QUNUT WAKTU SUBUH

Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan.
qunut1.jpg (4377 bytes)
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
qunut2.jpg (3890 bytes)
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
qunut3.jpg (3806 bytes)
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
qunut4.jpg (4113 bytes)
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
qunut5.jpg (4161 bytes)
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
qunut6.jpg (5877 bytes)
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
qunut7.jpg (4331 bytes)
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
qunut8.jpg (3909 bytes)
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
qunut9.jpg (4406 bytes)
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
qunut10.jpg (4191 bytes)
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
qunut11.jpg (4136 bytes)
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
qunut12.jpg (4711 bytes)
qunut121.jpg (6152 bytes)





#copy from  Masjid Hidayah.share

Maksud Dan Kelebihan Ayat Kursi




MAKSUD AYAT KURSI

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)

KELEBIHAN AYAT KURSI

  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

  • Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

  • Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

  • Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

  • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

  • Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

  • Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

  • Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

  • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

  • Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

  • Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.